MAA Takaful

Ahad, 17 Julai 2011

SMART MEDIC 100 (MEDICAL CARD) adalah Wajib dimiliki...

Ramai orang telah mulai sedar bahawa Medikal Kad adalah satu keperluan dan wajib dimiliki . Hal ini kerana jika diambil kira perbezaan pasti wujud jika seorang yang memiliki kad ini dan tidak.. Kelebihan bagi yang memiliki ialah tidak akan dibebani dengan isu kewangan jika dimasukkan ke dalam Hospital Swasta..Sedangkan bagi yang tidak dapat memiliki pasti akan dibebani isu kewangan jika ia melibatkan penyakit yang kritikal yang memerlukan nilai belanja yang tinggi..

Memang benar semua orang masih mampu menghadapi saat-saat genting jika tidak memiliki Medikal Kad..kerana boleh mendapatkan khidmat hospital kerajaan..Tetapi tidak dapat dinafikan juga Hospital kerajaan terpaksa menghadapi permintaan yang meluas 22 juta rakyat Malaysia untuk mendapatkan khidmat doktor..Bayangkanlah jika aa seratus pesakit menghidap penyakit kronik dan pintasan jantung perlu dilaksanakan..maka sudah pasti servis "siapa datang dahulu diutamakan"..

Hal ini telah terjadi kepada Allahyarham Ayah saya dimana saya sendiri membawa beliau untuk mendapatkan rawatan berkaitan dengan jangkitan kuman pada kaki Allahyarham..saya terpaksa menunggu daripada jam 9 pagi sehingga 3 petang baru boleh jumpa Dr.. selepas itu baru boleh buat deadline 2 minggu mendatang untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar..ermm yang paling best keputusan daripada doktor pakar ialah "potong terus kaki Allahyarham" tanpa mencari inisiatif lain..menyebabkan tindakan kedua diambil oleh Allahyarham menjalani rawatan secara tradisional dan alhamdulillah berjaya pulih seperti biasa..Namun apabila Allahyarham jatuh motor dikemudian hari beliau sudah tidak mahu menemui doktor kerana tidak mahu menunggu..ermm

Maka atas dasar pengalaman ini jua saya mulai belajar sesuatu iaitu pentingnya memiliki Medikal Kad..Alhamdulillah apabila anak saya memasuki Hospital Pantai dengan bil melebihi RM 3,000 dalam tempoh 6 hari serta penyakit anak saya sudah pulih daripada Acute Brocuties..semuanya disettle dengan adanya medikal kad...

Selain itu pemilihan medikal kad yang terbaik adalah amat perlu kerana masih ramai yang tidak mengetahui bahawa nilai MEDIKAL KAD anda akan meningkat mengikut umur.. Sebagai contoh jika sesuatu Syarikat Takaful / Insurance menawarkan suatu pakej 3 dalam 1 (Medikal Kad + Life Insurance + Saving)..dengan harga seperti RM 150.

 Pertama sekali kita perlulah ketahui bahawa harga medikal kad tersebut akan meningkat mengikut usia..Mungkin pada ketika itu harga medikal kad ialah RM 50 dan bakinya akan dilaburkan kepada life insurance dan saving, tetapi apabila umur kita meningkat selepas 5 tahun harga itu akan berubah mengikut umur iaitu RM 90 maka life insurance dan saving tersebut akan berkurangan..Maka disini saya amat-amat menasihati supaya memilih Medikal Kad yang terbaik dengan khidmat nasihatnya yang jelas..Ingat setiap RM yang kita bayar adalah hasil titik peluh kita..

Selain itu juga saya ingin menjelaskan bahawa pentingnya mengetahui definisi "KO-TAKAFUL, KO-INSURANCE dan KO-PAYMENT"..Semua ini mempunyai maksud yang sama dimana syarikat insurance / takaful akan hanya menanggung perbelanjaan beberapa peratus sahaja..walaupun 90 %  dan bakinya 10% pemilik kad perlu jelaskan..Memang benar kadang-kadang 10% itu seolah-olah sedikit nilainya jika dibandingkan dengan jumlah yang dibilkan..tetapi harus diingat kita sudah membuat bayaran untuk memiliki MEDIKAL KAD dan sudah pasti kita mahukan khidmatnya tidak menyusahkan kita walaupun 10% dicajkan..Oleh itu kita wajib mencari khidmat Takaful / Insurance terbaik tanpa mengira jenama ataupun produk.

Sebelum saya memperkenalkan SMART MEDIC 100 (Medical Card) MAA Takaful. Satu perkara yang penting perlu saya jelaskan setiap kali menilai sesuatu khidmat MEDIKAL Kad ialah Had Penggunaan Seumur Hidup dan Had Penggunaan Tahunan..yang manakah perlu kita pertimbangkan terlebih dahulu?? Sebenarnya kita jangan mudah terpedaya jika kita mendengar Had Penggunaan Seumur Hidup Tinggi kadang-kadang RM 600,000.. Memang benar tinggi tetapi Had Penggunaan Tahunan hanya RM 50,000 sahaja..Bayangkan jika risiko penyakit kritikal menyelubungi kita dan nilai penggunaan tahunan serendah RM 50,000 itu SEKELIP MATA SAHAJA BOLEH DIHABISKAN dan untuk menggunakan Had seumur hidup kita perlu tunggu tahun depan dan baru boleh menggunakan Had Tahunan RM 50,000 lagi..erm kalau masih hidup?? fikir-fikirkanlah!!!

Maka  Had Penggunaan Tahunan perlu DIUTAMAKAN terlebih dahulu iaitu memiliki Had Penggunaan Tahunan yang tinggi sekurang-kurangnya RM 100,000 walaupun seumur hidup itu agak rendah tetapi paling tidak tidak perlu menunggu 2 tahun untuk menggunakan sebanyak nilai ini..Mungkin sesetengah kalian berpendapat isu ini remeh tetapi tidak bagi yang menghadapinya...

Tujuan utama saya menyampaikan info ini ialah ramai kita mudah terpedaya dengan terma Had Penggunaan Seumur Hidup Tinggi walhal Had Penggunaan Tahunan ialah rendah..dan dengan nilai yang dibayar sebaya RM 50..LEBIH bagi berusia lingkungan 25 ke 30 tahun mampu memiliki khidmat yang lebih baik dimana MAA Takaful menawarkan dengan nilai RM 50 lebih sahaja anda dapat memiliki Had Tahunan RM 100,000 dan Had Seumur Hidup RM 300,000.

Jangan terkejut kalau tengok pelan SMART MEDIC 100 MAA Takaful..satu-satunya MEDIKAL KAD yang "STAND ALONE" tidak dipakejkan..ok..nilai ini adalah nilai tahunan..maksudnya jika anda adalah lelaki dan berusia 28 tahun serta anda memilih  pelan ke-2 maka jumlah bayaran tahunan ialah RM 650 sahaja iaitu jika dibahagikan kepada 12 bulan = RM 54.17 (Sebulan).  Seperti yang saya beritahu tadi harga medikal kad akan meningkat mengikut umur jika ada diantara agen atau penasihat takaful / insurance menyatakan harganya tetap..lebih baik anda pastikan dengan mendalam dengan menelefon terus kepada Syarikat tersebut serta pastikan kebenarannya..Dalam kes ini harga medikal kad tersebut akan berubah mengikut usia ketika umur 30 tahun..Tetapi kelebihan SMART MEDICAL 100 MAA Takaful ialah jangka ubah harga berdasarkan usia ialah 10 tahun...lama tueee...tak caya try check Syarikat Takaful lain..

Sekarang mari kita lihat faedah pula:--
Mari kita lihat pelan ke-2 tadi apakah kelebihannya..(minta maaf jika paparan saya ini sangat kecil) tetapi kalian masih boleh lihat klik sini . Seperti yang kita bincangkan keperluan Had Penggunaan Tahunan ialah RM 100,000 dan Had Seumur Hidup ialah RM 300,000. Selain itu bilik rehat dan makan ialah RM 200 (separuh grand dah nie)..yang paling PENTING dan BEST.. Faedah Hospital dan Pesakit Luar ialah Seperti Yang Di Caj bermaksud MAA TAKAFUL akan menanggung penuh 100% mana-mana jumlah yang dikenakan terhadap pemegang kad ini...Inilah yang kita mahukan iaitu kita bayar awal untuk memiliki SMART MEDIC 100 dan x perlu bawa keluar duit untuk faedah hospital..100%..100%..100% (Tiada Ko-Takaful, Tiada Ko-Insurance mahupun Ko-Payment)...selain itu SMART MEDIC 100 ini juga menyediakan Khairat Kematian (Bagi Muslim) dan Faedah Kematian (Bagi Non-Muslim)..sebanyak RM 5,000..syukur ada kebaikan juga memiliki kad ini..harus diingat medikal kad bukan untuk buat duit...hanya untuk digunakan ketika masuk Hospital Swasta...

InsyaAllah saya akan jelaskan lebih mendalam lagi tentang keperluan medikal kad ini..apapun SMART MEDIC 100 MAA Takaful wajib anda miliki..

Boleh phone or sms saya : 018-5759493

Sabtu, 16 Julai 2011

Kepentingan Takaful, dan mengapakah MAA Takaful???

Assalamualaikum dan Salam sejahtera..

Setelah lama berazam untuk menyediakan blog tersendiri berkaitan MAA Takaful..alhamdulillah dengan kekuatan yang diberikan oleh Allah S.W.T..akhirnya berjaya jua saya coretkan satu blog bagi memudahkan penyampaian maklumat dan info kepentingan Takaful dalam kehidupan kita..

Untuk pengetahuan umum..saya sudah lulus ujian TBE (Takaful Basic Exam) pada 14 May 2011..dan kini berkhidmat dengan MAA Takaful dengan no id (T51812X)...syukur alhamdulillah..

Kepentingan Takaful:

Bulan Feb dan Mac yang lalu merupakan bulan yang mencabar dalam kehidupan saya..yang pertam Allahyarham Abah saya sudah pulang ke rahmatullah.. pada 1-3-2011..dan selang 3 minggu pula anak saya dimasukkan ke dalam hospital Pantai (syukur ada SMART MEDIC 100)..tanpa Ko- Takaful dan Ko-Payment...syukur..

Ramai orang tidak menjangka bahawa setiap hari perjalanan kehidupan mereka ialah berkerja dan mencari pendapatan..dan hasil wang ini adalah untuk menampung belanja kehidupan mereka..bagi yang belum berkahwin..pastinya akan memberikan sedikit wang tersebut kepada ibu-bapa mereka..serta duit belanja bagi adik-adik mereka..tidak terlepas daripada membayar duit kereta..serta mencari wang untuk simpanan kahwin..
Bagi yang sudah berkahwin..sudah pasti duit ini untuk membayar duit kereta..untuk belanja harian anak dan isteri..rumah dan sebagainya..serta juga menyimpan duit tersebut sebagai simpanan masa depan..tahniah untuk itu..

Namun masih ramai yang tidak sedari bahawa penjana atau pencari wang belanja seperti suami mahupun isteri..ataupun anak bujang yang masih berkerja..bahawa dalam kehidupan mereka tidak terlepas daripada RISIKO..apa tidaknya..pergi kerja..dan pulang kerja pasti ada risiko nya..termasuklah berada di tempat kerja..mereka terdedah kepada risiko :-
1) Kematian
2) Cacat / Hilang Upaya
3) Lumpuh
4) Penyakit Kritikal..

Memang benar, kadang kala kitahanya berfikir yang baik-baik belaka..namun perkara ini juga tidak dapat di elakkan..apa tidaknya..jalan yang berulang alik setiap hari itu mungkin menjadi jalan terakhir yang kita lalui..ataupun mungkin menjadi jalan untuk kita ke suatu tempat bernama Hospital..bukan ingin menakutkan tetapi ini realiti..mungkin kita pandu dengan baik..tetapi pengguna jalan raya yang lain??? Bagaimanakah pula..jika kemalangan itu menyebabkan kita seperti perkara 1 hingga 3 diatas?? Bersediakah orang disekeliling kita untuk meneruskan kehidupan tanpa kita?? atau mungkin perlu teruskan dengan menjaga kita yang terlantar dek kerana lumpuh??  Maka penyelesaian apakah yang diperlukan???

Penyelesaian

MAA Takaful akan MENGURUSKAN RISIKO anda..tahukah anda? dengan menyediakan 10% daripada pendapatan anda..anda mampu menyediakan pelan perlindungan risiko anda denga baik serta melindungi pendapatan anda sehingga 10 tahun..dimana jika perkara 1 hingg 3 itu berlaku anda telah menyediakan PELAN PERLINDUNGAN PENDAPATAN anda..bagi melindungi anak-anak dan isteri serta ibu bapa anda bagi meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang masalah...

Sebagai contoh pendapatan bulanan anda ialah RM 2000 dengan membeli MAA Takafulink...RM 200 sebulan mampu menyediakan pelan perlindungan risiko anda sebanyak RM 200,000 + Nilai Tunai Simpanan..bagi orang yang masih hidup meneruskan kehidupan tanpa sebarang masalah...serta kemudahan bagi pencarum andai ditimpa musibah cacat kekal, hilang upaya ataupun lumpuh..

Selain itu juga MAA Takaful juga memberikan kelebihan kepada pencarum dimana RM 5000 akan dikhaskan bagi Upah Haji..dan RM 2000 sebagai Khairat Kematian..

MAA TAKAFULINK telah memenangi produk Islam terbaik sebanyak 2 tahun berturut-turut..InsyaAllah saya akan merungkaikan lagi Mengapa anda memerlukan MAA Takaful sebagai "One-Stop-Center" anda pada coretan mendatang..